
Sunnah Bertadarrus
عَنْ فَاطِمَةَ عَلَيْهَا السَّلاَمُ أَسَرَّ إِلَىَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "أَنَّ جِبْرِيلَ كَانَ يُعَارِضُنِي بِالْقُرْآنِ كُلَّ سَنَةٍ، وَإِنَّهُ عَارَضَنِي الْعَامَ مَرَّتَيْنِ، وَلاَ أَرَاهُ إِلاَّ حَضَرَ أَجَلِي". رواه البخاري، كتاب فضائل القرآن، باب كان جبريل يعرض القرآن على النبي صلى الله عليه وسلم، (حديث الباب
Dari Fatimah a.s., Nabi s.a.w. telah mengamanahkan kepadaku satu rahsia: “Sesungguhnya Jibril pada kebiasaannya memeriksa bacaan al-Qur’anku sekali pada setiap tahun, akan tetapi sesungguhnya dia mengulanginya sebanyak dua kali pada tahun ini, dan aku tidak fikir selain ianya menandakan kehadiran ajalku (semakin hampir).”
[H. R. al-Bukhari, Kitab Kelebihan-kelebihan al-Qur’an, Bab Jibril Ada Datang Mendengar dan Memeriksa Bacaan al-Qur’an Nabi s.a.w., (Hadis bab)].
Bersifat Lebih Pemurah dan Penyantun Pada Bulan Ramadhan
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: "كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ، وَأَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ، لأَنَّ جِبْرِيلَ كَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ، يَعْرِضُ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ، فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ". رواه البخاري، كتاب فضائل القرآن، باب كان جبريل يعرض القرآن على النبي صلى الله عليه وسلم، 4997.
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Nabi adalah orang yang paling dermawan terutamanya pada bulan Ramadhan kerana Malaikat Jibril datang bertemu dengannya pada setiap malam semasa bulan Ramadhan sehingga berakhir bulan tersebut. Tujuan Malaikat Jibril ialah untuk memeriksa bacaan al-Qur’an (yang diperdengarkan oleh) baginda. Apabila baginda ada berjumpa dengan Malaikat Jibril, perwatakannya menjadi bertambah penyantun – lebih lemah-lembut daripada angin sepoi-sepoi bahasa. [H. R. al-Bukhari, Kitab Kelebihan-kelebihan al-Qur’an, Bab Jibril Ada Datang Mendengar dan Memeriksa Bacaan al-Qur’an Nabi s.a.w., 4997].
Pengumpulan al-Qur’an pada Zaman Nabi s.a.w.
عَنْ أَنَسٍ قَالَ: "مَاتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ يَجْمَعِ الْقُرْآنَ غَيْرُ أَرْبَعَةٍ أَبُو الدَّرْدَاءِ وَمُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ وَزَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ وَأَبُو زَيْدٍ. وَنَحْنُ وَرِثْنَاهُ." رواه البخاري، كتاب فضائل القرآن، باب القراء من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم، 5004.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata: Sewaktu baginda Rasulullah s.a.w. wafat, tidak ada sesiapa yang telah mengumpul al-Qur’an (dalam satu mashaf) kecuali 4 orang: Abu Darda’, Mu’az bin Jabal, Zaid bin Tsabit dan Abu Zaid. Lalu kami mewarisinya dari mereka. [H. R. al-Bukhari, Kitab Kelebihan-kelebihan al-Qur’an, Bab Para Qari dari kalangan Sahabat Nabi s.a.w., 4005].
Keharusan Menjampi (Ruqyah) dengan al-Qur’an dan Menerima Upah darinya
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَال:َ كُنَّا فِي مَسِيرٍ لَنَا، فَنَزَلْنَا، فَجَاءَتْ جَارِيَةٌ فَقَالَتْ: إِنَّ سَيِّدَ الْحَىِّ سَلِيمٌ، وَإِنَّ نَفَرَنَا غُيَّبٌ: فَهَلْ مِنْكُمْ رَاقٍ؟ فَقَامَ مَعَهَا رَجُلٌ مَا كُنَّا نَأْبُنُهُ بِرُقْيَةٍ، فَرَقَاهُ فَبَرَأَ، فَأَمَرَ لَناَ بِثَلاَثِينَ شَاةً وَسَقَانَا لَبَنًا فَلَمَّا رَجَعَ قُلْنَا لَهُ: أَكُنْتَ تُحْسِنُ رُقْيَةً أَوْ كُنْتَ تَرْقِي؟ قَالَ: لاَ مَا رَقَيْتُ إِلاَّ بِأُمِّ الْكِتَابِ. قُلْنَا: لاَ تُحْدِثُوا شَيْئًا حَتَّى نَأْتِيَ أَوْ نَسْأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَلَمَّا قَدِمْنَا الْمَدِينَةَ ذَكَرْنَاهُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: "وَمَا كَانَ يُدْرِيهِ أَنَّهَا رُقْيَةٌ؟ اقْسِمُوا وَاضْرِبُوا لِي بِسَهْمٍ". رواه البخاري، كتاب فضائل القرآن، باب فاتحة الكتاب، 5007.
Dari Abu Sa’id al-Khudri berkata: Semasa kami dalam perjalanan (pulang ke Madinah), kami turun (berhenti di suatu tempat). Tiba-tiba, seorang hamba perempuan datang lalu berkata: Ketua kampung ini telah disengat (oleh binatang berbisa seperti kala jengking), akan tetapi orang-orang lelaki kami tiada (di kampung). Adakah sesiapa di antara kamu yang boleh mengubatinya? Maka seorang lelaki bangun pergi bersamanya sedangkan kami tidak pernah tahu dia boleh merawat. Lelaki itu menjampi ketua kampung itu, lalu dia pun sembuh. Kemudian dia memerintahkan agar kami diberi ganjaran 30 ekor kambing biri-biri dan diberi minum susu. Apabila dia pulang, kami berkata kepadanya: Adakah kamu memang mahir menjampi atau pernah menjampi (sebelum ini)? Dia berkata: Aku tidak pernah menjampi kecuali dengan Ummu al-Kitab (Surah al-Fatihah). Kami berkata: Jangan berbuat apa-apa sehingga kita menemui Nabi s.a.w. dan bertanyakannya (tentang hal ini). Apabila tiba di Madinah, kami memberitahu kisah lelaki itu kepada Nabi s.a.w. Baginda bersabda: Dia tidak mengetahuinya yang ia adalah sejenis jampi (yang diharuskan)? Bahagi-bahagikanlah (hadiah itu di kalangan kamu) kemudian serahkan bahagianku.” [H. R. al-Bukhari, Kitab Kelebihan-kelebihan al-Qur’an, Bab Pembuka Kitab (Surah al-Fatihah), 5007].

Ayat al-Kursi: Jampi (Ruqyah) Pelindung dari Gangguan Syaitan Semasa Tidur
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: وَكَّلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحِفْظِ زَكَاةِ رَمَضَانَ، فَأَتَانِي آتٍ فَجَعَلَ يَحْثُو مِنَ الطَّعَامِ، فَأَخَذْتُهُ فَقُلْتُ: لأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَصَّ الْحَدِيثَ، فَقَالَ: "إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ لَنْ يَزَالَ مَعَكَ مِنَ اللَّهِ حَافِظٌ وَلاَ يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ. وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "صَدَقَكَ وَهْوَ كَذُوبٌ، ذَاكَ شَيْطَانٌ". رواه البخاري، كتاب فضائل القرآن، باب فضل سورة البقرة، 5010.
Dari Abu Hurayrah r.a. berkata: Rasulullah mewakilkan kepadaku untuk menjaga hasil zakat bulan Ramadhan. Kemudian datang kepadaku seseorang seakan sedang menyeludup makanan (keluar dari situ) maka aku menangkapnya sambil berkata: Aku akan bawa kamu menghadap Rasulullah dan memberitahunya tentang perkara ini. Lantas dia berkata: Apabila kamu berada di katilmu (hendak tidur), maka bacalah Ayat al-Kursi, nescaya akan datang penjaga daripada Allah yang akan sentiasa menjaga kamu dan tiada Syaitan yang akan (dapat) mendekati kamu sehingga waktu Subuh. Maka Nabi s.a.w. bersabda (berikutan kejadian itu): Dia telah bercakap benar denganmu sedangkan dia adalah Si Penipu, itu adalah Syaitan. [H. R. al-Bukhari, Kitab Kelebihan-kelebihan al-Qur’an, Bab Kelebihan Surah al-Baqarah, 5010].
Galakan Membaca al-Qur’an Bertarannum
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "لَمْ يَأْذَنِ اللَّهُ لِشَىْءٍ مَا أَذِنَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أن يَتَغَنَّى بِالْقُرْآنِ". رواه البخاري، كتاب فضائل القرآن، باب من لم يتغن بالقرآن وقوله تعالى: ﭽﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝﯞ ﭼ العنكبوت: ٥١، 5023.
Dari Abu Hurayrah r.a. bahawasanya beliau berkata: Sabda Rasulullah s.a.w.: Allah tidak pernah mengizinkan kepada sesuatu seperti Dia Mengizinkan Nabi-Nya s.a.w. memperlagukan al-Qur’an. [H. R. al-Bukhari, Kitab Kelebihan-kelebihan al-Qur’an, Bab Sesiapa yang tidak Melagukan (bacaan) al-Qur’an dan Firman Allah Ta’ala: {Patutkah mereka meminta mukjizat-mukjizat lain lagi?) tidak cukupkah bagi mereka dengan Kami Turunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka?} (Surah al-Ankabut: Ayat 51), 5023].
Nabi s.a.w. Suka Mendengar Bacaan al-Qur’an daripada Orang Lain
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: "قَالَ لِي النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "اقْرَأْ عَلَىَّ الْقُرْآنَ". قُلْتُ: "آقْرَأُ عَلَيْكَ وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ؟" قَالَ: "إِنِّي أُحِبُّ أَنْ أَسْمَعَهُ مِنْ غَيْرِي". رواه البخاري، كتاب فضائل القرآن، باب من أحبّ أن يستمع القرآن من غيره، 5049.
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda kepadaku: “Bacakan kepadaku al-Qur’an!” Aku berkata: “Adakah aku membacakan kepadamu al-Qur’an sedangkan kepadamu ia diturunkan?” Baginda bersabda: “Aku suka mendengarnya dari orang lain.” [H. R. al-Bukhari, Kitab Kelebihan-kelebihan al-Qur’an, Bab Siapa yang Suka Mendengar Bacaan al-Qur’an Daripada Orang Lain, 5049].
No comments:
Post a Comment