Monday, January 18, 2010
GLOSARI ISTILAH – ISTILAH ASAS ILMU HADIS
Al-‘Ilmu (العلم) – ilmu: Ilmu dari sudut bahasa: satu bidang atau seni. Ilmu dari sudut istilah: sesuatu bidang yang membincangkan permasalahan tertentu, kajian mengenainya dari segi kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip berkaitan dan sebagainya. Makna lain baginya ialah pengetahuan seperti yang selalu dipadankan: ilmu pengetahuan.Istilah 'al-'Ilmu' merujuk kepada ilmu Hadis pada awal sejarah Islam (4-5 kurun pertama). Contoh jelas boleh didapati dari Kitab Ilmu, Sahih al-Bukhari.
Al-Hadith (الحديث) – Hadis dari sudut bahasa: baru, perkataan berlawanan bagi ‘lama’ tetapi bukan makna ini yang dimaksudkan di sini. Ia lebih kepada maksud: kata-kata (الكلام). Hadis dari sudut istilah ahli Hadis: apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dari sudut kata-kata, perbuatan, diam (akur) dan ciri-ciri akhlak atau fizikal; sama ada sebelum atau selepas diutuskan sebagai Rasulullah. Istilah lain bagi hadis ialah al-Sunnah (السنة) – Sunnah, al-Khabar (الخبر) – Khabar, dan al-Athar (الأثر) – kesan (peninggalan).
Al-Hadis al-Maqtu’ (الحديث المقطوع) – Hadis yang terhenti sanadnya pada peringkat Tabi’in atau selepas peringkat itu merangkumi perkataan, perbuatan, diam yang bererti setuju atau tidak membantah terhadap sesuatu perkara (taqrir), atau berbentuk sifat. Ia dinamakan juga sebagai al-Athar oleh Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani.
Al-Hadis al-Marfu’ (الحديث المرفوع) – Hadis yang di-‘angkat’ rantaian riwayatnya terus kepada Nabi s.a.w. sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan, diam yang bererti setuju atau tidak membantah terhadap sesuatu perkara (taqrir), atau berbentuk sifat, sama ada rantaiannya bersambung dengan lengkap atau tidak (terputus); dengan menyambung rantaian itu langsung kepada Rasullah dan tanpa menyebut perawi asal sebelum Rasululullah.
Al-Hadis al-Mawquf (الحديث الموقوف) – Hadis yang terhenti sanadnya pada peringkat Sahabat Nabi Muhammad s.a.w. merangkumi perkataan, perbuatan, diam yang bererti setuju atau tidak membantah terhadap sesuatu perkara (taqrir), atau berbentuk sifat. Ia dinamakan juga sebagai al-Athar oleh Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani.
Al-Hadis al-Mu’allaq (الحديث المعلّق) – Hadis yang dipadamkan permulaan sanadnya seorang perawi atau lebih atau keseluruhan sanad
Al-Hadis al-Mursal (الحديث المرسَل) – Hadis yang diriwayatkan oleh perawi selepas peringkat al-Tabi’in, yang menyambungkan terus sanad hadis darinya kepada Nabi Muhammad s.a.w.tanpa menyebut nama perawi – perawi peringkat lain di antaranya dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Al-Hadis al-Musnad atau al-Muttasil (الحديث المسند/المتصّل) – Hadis yang mempunyai rantaian perawi yang lengkap bersambung, tanpa putus sehingga peringkat Nabi Muhammad s.a.w.
Al-Hadith al-Mawdhu’ () – hadis palsu yang sengaja direka-reka
Al-I‘tibar (الاعتبار) – Selidik atau periksa iaitu menyelidik atau memeriksa rantaian perawi sesuatu hadis
Al-Isnad – Isnad (الإسناد) – rantaian sanad
Al-Kuniyah’ (الكُنْيَة) – satu kalimah dalam bahasa Arab iaitu sejenis gelaran dalam budaya Arab yang biasanya diberikan kepada seseorang sebagai ibu atau bapa kepada salah seorang daripada anak – anaknya, atau sesuatu peristiwa seperti Abu Hurairah kerana beliau sangat sukakan kucing, atau mana – mana nama yang dirasakan sesuai untuk personaliti seseorang terutamanya untuk meransang sifat mulia, yakin diri, dan berdikari dalam diri seperti nama gelaran Ummu Abdullah terhadap Saiyyidatina Aisyah sekalipun beliau tidak mempunyai anak
Al-Matan (المتن) – Matan atau teks hadis
Al-Muhaddith (المحدث) – ahli hadis
Al-Mukhtasar (المختصر) – bermaksud ringkasan iaitu buku yang meringkaskan sesuatu kitab seperti Mukhtasar al-Zubaydi yang meringkaskan kitab Sahih al-Bukhari
Al-Musnad (المسنَد) – dari perkataan isnad, sanad yang bersambung lengkap atau buku yang mengandungi hadis tersebut
Al-Mutabi’ (المتابع) – Hadis yang mempunyai perawi sepunya
Al-Nisbah (النسبة)- Biasanya berdasarkan nama tempat kelahiran atau negeri asal atau tempat bermastautin seperti al-Bukhari dinisbahkan kepada tempat lahir beliau iaitu bandar Bukhara yang berada di negara Uzbekistan kini.
Al-Sahabi (الصحابي) – Sahabat Nabi
Al-Sanad (السند) – Sanad atau rantaian perawi hadis.
Al-Sanad Al-‘Ali (السند العالي) – Sanad Atas iaitu permulaan rantaian sanad daripada perawi selepas Nabi Muhammad s.a.w.
Al-Sanad al-Safil/al-Nazil (السند السافل/النازل) – Sanad Bawah iaitu rantaian sanad disebut daripada perawi terakhir dalam isnad ke atas iaitu ke arah nama Nabi s.a.w.
Al-Shahid (الشاهد) – saksi: perawi-perawi hadis yang sama di kalangan sahabat
Al-Tabi’in (التابعين) – Generasi pertama selepas generasi Sahabat Nabi
Al-Tariq (الطريق) – Jalan iaitu untaian riwayat daripada perawi-perawi tertentu
Al-Thiqah (الثقة) – Maksudnya dalam bahasa Melayu yang diyakini. Ia merupakan antara syarat – syarat penting penerimaan sesuatu hadis.
Al-Wajh (الوجه) – Wajah iaitu satu untaian sanad daripada beberapa untaian lain terutamanya bagi sesuatu hadis yang sama atau hampir sama
Amirul Mu’minin fi al-Hadith (أمير المؤمنين في الحديث) – Penghulu orang Mu’min dalam bidang Hadis seperti Imam al-Bukhari
Dirayah al-Hadith (دراية الحديث) – Satu ilmu tentang perincian makna yang dapat difahami daripada lafaz – lafaz hadis dan maksud sebenar yang dikehendaki oleh sesuatu hadis berdasarkan kaedah – kaedah bahasa Arab dan asas – asas Shari’ah Islam yang selari dengan praktik dan sirah Nabi Muhammad s.a.w.
Mutaba’at al-Hadith (متابعة الحديث) – Hadis di mana dua (2) orang perawi meriwayatkannya dari sahabat yang sama dari guru atau perawi di atas mereka adalah orang yang sama
Riwayat al-Hadith (رواية الحديث) – Satu ilmu tentang kaedah – kaedah untuk mengetahui hal – hal yang berkaitan dengan perawi dan hadis – hadis yang diriwayatkan olehnya
Sharh (الشرح) – bermaksud syarahan atau huraian. شرروح atau shuruh adalah gandaan majmuk atau plural bagi perkataan sharh iaitu kitab yang menghuraikan sesuatu kitab lain seperti Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari oleh Ibnu Hajar yang menghuraikan Kitab Sahih al-Bukhari
Tabi’u al-Tabi’in (تابعو التابعين) – Generasi kedua selepas generasi Sahabat Nabi
Al-Bid`ah (البدعة) – perkara yang diada-adakan dalam agama sedangkan Agama Islam telah lengkap sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. seperti firman Allah dalam Surah al-Maidah 05: 03 di bawah:
Pada hari ini, Aku telah Sempurnakan bagimu ugamamu, dan Aku telah Cukupkan
Nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah Memperkenankan Islam sebagai ugamamu.
•Sumber: al-Khayr Abadi, Abu al-Layth, Muhammad, (2004M), ‘Ulum al-Hadith: Asiluha wa Mu’asiruha, (Ed. 3), Malaysia: Darul Syakir.
ALAMAT PEJABAT :
Fax:+603-8926 6279
Emel:webmaster@inhad.org.my
Hadith Research Institute Selangor (INHAD)
SELANGOR INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY COLLEGE (KUIS),
Bandar Sri Putra, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA
Kami di sini :
Preface INHAD
Praise be to Allah, prayer and peace upon the Messenger of Allah:
Indeed the “Hadith” is one of Allah’s greatest blessings which had been endowed for none other than the followers of Prophet Muhammad alone, although there were more than one hundred and twenty thousand prophets sent to many nations at different times, but there is no evidence that they had recorded their prophets’ sayings or deeds or vivid detailed recordings of their ongoing life at that time. Obviously, Allah had not Destined the same for them. He kept the Best for the Last Prophet Muhammad bin Abdullah s.a.w., and also He had promised to protect them as ordained in the Holy Qur’an:
We have, without doubt, sent down the Message; and We will assuredly guard it (from corruption).
(al-Hijr: 9)
So, the Hadith was well preserved over the centuries, despite many attempts by the enemies of Islam to insert things into it, distort or innovate it as their wicked hearts desired. But Allah had Promised to preserve it the way it is until the Day of Resurrection, thus, it is protected from their conspiracies against it. And Allah had Destined that there would always be some highly capable men obliged to defend the Prophetic Tradition in every era, in every place, with whatever means. These men would not mind to sacrifice their lives and their souls in his service. They meticulously studied every aspect of his Hadith, created out from it organized sciences, and founded the principles and methods for those sciences. Even history had undeniably witnessed how this contribution had incomparably served the East at large as well as the West like no other science ever existed in the history of mankind.
But it’s the fate of our country (
Therefore, it is very crucial to infuse the sense of belongingness to and awareness of the Hadith among the Malaysian Muslims, and furthermore to disseminate and expose more about the Sciences of Hadith to them. Thus, Allah had Granted diligent individuals who are enthusiastic towards defending the Hadith to bring about the establishment of this institute. It is indeed was founded on a noble cause to attain significant objectives ahead. So, we hope to serve the Hadith in this country as mentioned in details in this Profile of the Institute.
We request Allah who is the All-Hearing, the Responsive, and the Omnipotent over all things to help us to serve The Hadith of Prophet Muhammad - peace be upon him – to achieve all the goals that we have set for this Institute, Insha Allah.
Hj Mohd Farid Ravi bin Abdullah
No comments:
Post a Comment